toLong ingatkAn ana !

Wednesday 2 March 2011

M.A.R.S > Riang..Gelak..Ketawa

** salam..ini cerpen yg telah direka oleh aq n kwn2 smsa contest iT week di kolej..tetiba rasa nak post kt cni..jmput baca~

“Mon…Mon…..bangun!!!! bangun!!!”(bukan Doraemon ye…) jerit Shakirah pada Monika yang sedang asyik diulit mimpi-mimpi indah bertemankan bantal busuknya yang hampir lusuh.


“Kejap…kejap….lima minit je lagi”, balas Monika.


 “Wei! bangunlah cepat…dah lambat dah ni…dah pukul 8 dah”, Shakirah pun menjerit dengan penuh brutal.


 Sebaik sahaja Monika mendengar perkataan “pukul 8”, dia pun sepantas LRT bangkit dari tidurnya dan terus mencapai telefon bimbitnya.


 “Salam. Anis, hari ini kita dan Shakirah lambat sikit…bangun lambat…hehe”(Message sending..).


Kemudian, “Salam. Bee, bila kamu nak balik asrama? Pergi kelas ke tidak hari ini?” (Message delivered..).

 Lalu Monika pun terus meluru ke bilik air.


Setelah beberapa minit, ….tweet…tweet…tweet…tweet…SMS!!! (Message received..).


 “ Ha! Anis dan Bee dah balas mesej”, kata Monika. “WasSalam. Ha??!! Kita baru nak suruh kamu dan shakirah bagitahu ustazah yang kita lambat sikit hari ini…tapi rupa-rupanya ki…ta…serupaaaa….hihi…ok, kita tunggu kamu dan shakirah dekat bawah..kita pergi sama-sama”, balas Anis. Bee pula membalas, “WasSalam. Datang…tapi kita lambat sikit”.


Setelah mereka semua bersiap, dengan tergopoh-gapah mereka pun berjalan merentasi padang yang dipenuhi dengan rumput-rumput yang masih segar berembun.


 Sebaik sahaja sampai di kelas, tiba-tiba….. telefon…telefon berbuuuuunyi...(wonderpet)*Message received.


 Lalu Shakirah pun membuka mesej yang baru diterima. “Salam. Mumkin akhbiri ila asdiqouki anna fasl hazal yaum yabtal….Sanubaddil al fasl fi waqtin akhar InsyaAllah”, mesej daripada Ustazah Bahasa Arab yang bermaksud “Salam. Tolong maklumkan kepada kawan-kawan kamu yang lain bahawa kelas hari ini batal…kita akan menggantikannya pada masa yang lain InsyaAllah”.


 “La….kawan-kawan, kita tak ada kelas la hari ini”, kata Shakirah kepada kawan-kawannya. “La…yeke…jom kita pekena roti canai dekat tepi tasik”, balas Anis.

 “ Kalau macam tu, kita mesej Bee suruh tunggu tepi tasik” Monika pula berkata.


 Demikian lah aktiviti mereka berempat jika kelas mereka dibatalkan secara tiba-tiba.


Ustazah Bahasa Arab mereka merupakan seorang ustazah yang kecil molek orangnya, lemah lembut tetapi seorang yang tegas dan mempunyai rupa paras yang comel seperti mereka *erkk…perasan sude. Ustazah ini mengajar subjek maharatul kalam dan qiraah yang sangat kreatif dalam pengajarannya sehingga membuatkan mereka berasa sungguh teruja untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam. Pada awal perkenalan dengan ustazah tersebut, mereka berasa begitu berdebar-debar bak kata Melly Goeslow dalam lagunya, kembang kempis dadaku…(petikan lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih) kerana ustazah tersebut pada awalnya kelihatan garang tetapi setelah diselami ke dasar jiwa beliau, hakikatnya beliau seorang yang berjiwa lembut seperti sutera.


 Meskipun demikian, pensyarah mereka bukan sahaja ustazah tetapi juga seorang ustaz yang tinggi lampai, kacak bergaya, dan baik budi bicara sehingga boleh digelar “Lelaki Idaman Malaya”. Ustaz ini merupakan seorang ustaz yang sentiasa menepati masa atau dalam bahasa inggerisnya punctual dan sering menekankan penguasaan nahu mereka yakni tatabahasa ketika membuat karangan bahasa arab dalam subjek yang diajar oleh beliau iaitu maharatul kitabah.


Di tepi tasik yang tenang ..(tapi tenang-tenang pun, jangan disangka tiada biawak….)
  “AsSalamu’alaikum, budak-budak Arab…tengah makan roti canai ke??” tegur salah seorang kawan mereka.

 “Wa’alaikumusSalam, bukanlah…tengah makan roti Arab ini…nak sikit?? Kalau nak banyak, pergilah beli sendiri…tempah kat abang comel tu”, mereka berempat pun menjawab.

 Ketika sedang enak menikmati roti canai…cicah kari…jangan makan sambil berdiri…(petikan lagu dari filem Senario Lagi) sambil disapa angin tasik yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, kenangan lalu menerjah fikiran mereka.

 “Kawan-kawan, ingat tak detik-detik perkenalan kita dahulu??”, tanya Bee.

 “ Ingat, ingat, ingat…dulu bukan main susah nak cari kawan-kawan yang ambil asasi bahasa arab juga”, jawab Anis.

 “Betul, betul, betul (upin ipin..)…masa minggu ta’aruf dulu, setiap kali kawan-kawan yang lain memperkenalkan diri, mesti bukan daripada asasi bahasa arab…ada yang dari asasi pengajian islam dan pengurusan sahaja”, sambung Shakirah.


 “Ya, ya, ya, kita setuju dengan kamu. Masa itu, dalam hati terdetik juga yang aku sorang je ke budakarab…tapi…masa hari kedua orientasi tiba-tiba ada orang tu duduk sebelah kita…dan orang itu ialah jeng…jeng..jeng…Nurul Shakirah Al-Zahra’…haha”, keletah Monika.


“Hahaha…lawak-lawak..tergeletek perut kita..ha! ada satu lagi…kawan-kawan ingat tak masa kita semua ta’aruf dengan ustazah dalam kelas dulu...itu lah kali pertama kita jumpa dengan budak lelaki yang ambil bahasa arab dan seorang lagi kawan kita, Noor Shaheera binti Atan”, Shakirah menyambung perbualan.


“Ha! Ingat-ingat… masa tu Ikram cakap, Ismi Mohd Ikram bin Mohd Amin…ana min Melaka…uhibbu lughah arabiyyah jiddan…wa hazihil lughah daieman fi qalbi…*dengan suara ala-ala Faizal Ismail, deejay Hot FM…haha”, jawab Bee.

 “ Hahaha..Habib pula suka angkat kening double-jerk  dia…dah macam iklan Cadburry dah”, sambung Anis.

 Lalu mereka pun ketawa berdekah-dekah kerana geli hati mengenangkan segala kenangan manis yang tercipta antara mereka..*kenangan manis…kau dan aku…takkan terhapus….(petikan lagu Jamal Abdillah).

 “Eh, kejap-kejap….sekarang ini apa cerita dengan Shaheera ya??”, Shakirah bertanya.

 “Oh, Shaheera sekarang belajar di Pusat Asasi Universiti Malaya di Kelantan dalam bidang Usuluddin..ha!! sebelum kita terlupa, dia kirim salam dekat kamu semua”, terang Monika.

 “Wa’alaikumusSalam”, jawab mereka serentak.


 Ketika dalam perjalanan menuju ke asrama…

“ Hai budak Arab…baru habis kelas ke??”, tegur Hasnah atau nama lainnya Senah, salah seorang pelajar asasi IT.  

 “Hai…tak lah..kami semua nak balik asrama ni”, jawab Anis.

 “ Eh, kamu semua perasan tak tadi dia panggil kita semua budak Arab…budak Arab kott…”, kata Shakirah.

 “Haha..yela…kalau macam tu mari kita berangan…kita budak Jordan, Monika budak Mesir, Shakirah budak Yaman dan Anis budak-budak…haha…anis jangan kecil hati ya..kita main-main saja…Anis budak Syria la”, keletah Bee.

 “Hahaha…kesian Anis…tak ape lah anis…member-member..sabar je la…kawan-kawan yang disayangi sekalian, cuba bayangkan kalau satu hari nanti kita semua tubuhkan sebuah Pusat Tuisyen Bahasa Arab…mesti seronok kan”, sambung Monika.

 “Bagus juga begitu…tapi apakah nama pusat tuisyen kita itu nanti?”, tanya Shakirah.

 “Ahaa!! Kita ada cadangan…apa pendapat kamu semua kalau kita bagi nama M.A.R.S”, cadang Anis.

“MARS??? Planet Marikh?? Apa kaitan dengan kita semua?”, tanya Bee pula.

Lalu Anis pun menjawab, “M.A.R.S ialah singkatan bagi nama kita semua..M untuk Monika…A untuk Anis…R untuk Rabiatul..dan yang terakhir S untuk Shakirah”.

 “Wahh! Kami suka!!”, balas Monika, Shakirah dan Bee serentak.


Begitulah keletah pelajar-pelajar Asasi Bahasa Arab yang sentiasa bersemangat waja untuk menegakkan bahasa yang amat tinggi dalam Islam iaitu bahasa Al-Quran, bahasa syurga dan bahasa yang amat mulia untuk dikuasai. Persahabatan yang terjalin antara mereka amat rapat ibarat aur dengan tebing sehingga mereka menjadikan lirik lagu di bawah sebagai penguat ukhuwah yang terjalin.

 Kita ditakdir bersama…


Riang gelak ketawa…


Tangan menggenggam mesra…


Melangkah ceria…


Indahnya suasana..


Terbayang di wajah Anis…


Senyum Mon seindah suria…


Hidup lebih bermakna…


Bersama Shakirah dan Bee…


Fuhh…jeles terasa…


Ikram dan Habib pun nak juga…


Perghh…bahagianya mereka..


 (Lirik lagu iklan Teh Boh yang diadaptasi oleh M.A.R.S)


p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata..istimewa dari kami pelajar Asasi Bahasa Arab.


         (M.A.R.S – Monika, Anis, Rabiatul dan Shakirah)

** HEE..best x? boleh ar kan.....tapi ktorang x menang pun.huu

wee....ni ler ahli MARS nye!!

No comments:

Post a Comment