toLong ingatkAn ana !

Wednesday 23 March 2011

...yang jarang-jarang itu INDAH !



bismillah...

outing.outing.outing. ( hah,bunyi mcm rajin outing je?? ) nope..the answer ~
aq rse aq t'golong di antara siswi2 yg x rjin outing dgn kwan2..*dgn bangganye la?
hee...bkan ape...aq da slalu balik. so, wat pe pn nak kluar lg kan. stay ostel n study jela..ahakss!
then,,housemates aq pn bkan org yg jnis kerap gatal kaki nk b'jalan2...jadinye,,"t'pimpin" lah ckit sye nih.

but,,stlah bbrapa lama plan nk kuar (antra housemate) finally semalam ktorang dpat kuar sama jugak.
just sorg je yg miss....aminah. oke,,,our destination is ? the mines...(msti ade yg mluat dgr mall ni.hehe.)
Agak la..tapi,,tu lah yg dkat n not bad kan..malas r nak jauh2 ni.

kami memang enjoying our short outing ni la..ke siti . situ . sana . sini lah !
dah lah high heel ni..waaAa~ sakit pinggang kut .


ber"bowling" sgt syOk.


the ugliest,,the superb :)



Antara aktiviti kami hari tu ialah main bowling. aku x la terror sgt. ye..mmg klu baling tu sume orang reti kan...sama ada ke longkang atau tidak. hee....tapi,kami b'main hanya sekadar suka-suka. juga,,utk m'ajar 2 orang "itu" main...segan sangat..jgn kesah kt org lah.disebabkan jgn kesah,,2 hari tanganku sakit. bola berat lah..xpe,,nnti aq buat bola 5kg je.ngee..
Then,,time to eat. huu..mmg lapar kot. rasa nak makan je "colourful ball" tu.(lbeh2 lagi ble tidak dinobatkan sebagai juara..wee..)  oke,,disebabkan mereka "not me" teringin nak mkan pizza. so,,gO on jela. marvelous !(ehh,,over pulak..?)

Sangat penat..tapi,happy sangat. susah nak dapat kluar ngan dorg ni..(refer to jati n farhah).
mgkin disebabkan itu,,ade kmanisan disitu..
Bila mana kita jarang-jarang melakukan sesuatu perkara tu...bila dibuat,,rasa sangat b'makna. eeceyy..
ehh,,yela kan. sbab bila kita dah selalu buat,kita akan mudah rasa boring/jemu..haa,,macam tu corak die yg sebenar. (tu ayat asasian kan? "corak")

A.F.I.S (Ainal, Farhah, Inas, Jati)...kebetulan kami dapat short name tu dari list player.ahakss..cUn pulak.
aina ana?(mana sye?) Inas tu refer to me la..ntah,,suka nama tu.(ngade2...) 

Syukran korg..terubat sikit sakit "brain" ni...nanti kita keluar lg ye..(tapi farhah kata, "hah,macam boleh?!").

&*#^#)!%

weee..esok xde kelas sehari suntuk. sebab tu x tidur lagi nih. lg2, berat hati nak tinggalkan line yang 100% ni.haa...
baca blog orang..sambil edit gambar..(ade ass. x buat ke?) 

k..wasssalam :)




Saturday 19 March 2011

.: walau sepotong :.

Biarlah la kita berseorangan tanpa berteman,
Biar la malam kita tanpa sinar rembulan,
Biar la tidur kita tanpa mimpi indah,
Tapi, Jangan biar hatimu sunyi tanpa sepotong ayat alQuran ....

Hakikatnye, hati ini memerlukan teman yg dapat memberi ketenangan kepadanya..
ayat-ayat cinta dariNya dan zikir-zikir adalah sebaik-baik peneman hati..
susah kah utk kita m'beri makan kepada hati kita sendiri ?
yaa..mungkin susah. namun,,harus diingati bhwa hati yg sunyi dr ayat2 al-Quran ini mendatangkan kegelapan kpd hati kita.
bacalah..utk m'isi hati yg kosong..
dan bacalah walau sepotong shja sblum kau melelapkan matamu.

*extra : amalkan p'bacaan tiga "qul" dan ayat kursi sebelum tidur spya malaikat mengiringi tidurmu ^_^

Thursday 17 March 2011

sanah helwah ya zahra' !

assalam...
15 Mac.jam 10 lebih.di BS21**...(kUis)
Kali ni,,misi aq n monika n ikram n habib berjaya lagi. plan utk m'beri suprised party birthday utk shakirah berhasil! bulan 2 aritu,,rabea da t'kena..dan skrg turn shakirah zahra' pula..huhu..
best kot kenakan org ni ?! haha..tapi,,ktorg x wat la yg over2 mcm baling tepung,bedak,telur,n so on tu. itu sume satu p'baziran..kan..kan..ktorg just tipu die je..tipu sunat..xpe.(anis lah tuh)
arAb + iT + cOm


btw,yg memeriahkan lg suasana tu,,bila adenye budak2 IT n cOm....wee..dorg mmg sporting lah ! angkat ibu jari lah !! thanks korg....
the birthday girl nye pun sgt teruja+t'haru+t'kejut dgn ape yg ktorg buat...sampai....terketar2 tangan dibuatnye !

ayat shakirah : korg..x boleh..tangan kte m'geletar nih !

hehe..hilang terus "kebrutalan" shakirah...*shakirah ni sorg yg agak sempoi n brutal sometimes... hmm,,malam tu, mkanan yg di"serving" x lah bnyak sangat. cukup syarat je. dan asal kEk ade dah m'cukupi. cite pasal kek..shakirah gak teruja sbab kek itu (blueberry favour) mmg her favourite..yumm..mmg sedap lah. pndai "muslim" pilih.

aku happy sangat..kwan lain pun..hmm,,terasa nikmat die. ukhwah fillah antara kami pn t'jalin dgn lbih rapat. arab,it,com..bila da di"together"kan,mmg happening lah ^_^

Lastly..sanah helwah ya jamilah ! *ayat ni biasanya digunakan oleh arabian.
syukran krna sudi jd kawan kte n bg input2 yg b'guna t'utmanya mngenai ad-din kpd kte. sayang awak..ngee..jazakallahulaki ~


Saturday 5 March 2011

visUal? that's me ...

bismillah...

visual?? asal tetibe nih....
oke..setiap org bila bljar ade style/skill dorg t'sndri..kan..kan?? mcm2 style lah.
tp,,yg utamanye..learning style tu dpat dibhagikan kpd 3 jenis. what? visual...audiotary...kinaesthetic..
waahh...camne tu..?


cmni..visual disini lebih kpda jnis org yg dpat m'praktikkan mata nya dgn baik. mksudnye,,die suka lihat n imaginekn something..gituU..die suka b'main dgn tulisan,,diagram,,gmbran,so on.. plus+,,my lecturer said, org jnis ni suka duduk dihdapan b'bnding ngn yg lain. btul kah?


audiotary pula..die praktikkan telinga lebih..means,,suka m'dngar. hmm,, mreka ni lbih suka org trangkan satu per satu..n b'kmgkinan besar juga mreka ni suka b'ckap..*byak b'ckap..hee..plus+,,dorg ni dpat knal pasti suara org mnipu. ape? jeng.jeng.jeng. hati2 ! tp..org mnipu mmg kita bleh nmpak pn kan..(lg2 si pnaip nih !)


kinaesthetic..hmm,,nak bg anggota part mana kt dorg ni ye? haha.. satu bdan ar..
knpe? sbab dorg x suka dok diam..hee..jnis mreka ni bleh dianggap x boleh dduk baik2 je. ade yg m'anggap dok dlam kelas/kuliah tu adlh ssuatu pnyeksaan. hehe . aktif beno le kire nye? sdikit lah.. dorg sukakan pergerakan yg lebih..




dah dinyatakan dlm tjuk di atas..aku jenis visual ! hee...ntah la..macam bangga seposen lak.
style ni mmg sangat b'tepatan dgn aku..knpe? sbab aku suka menulis m'cnteng smbil m'bayangkan sesuatu. tulis nota mmg my study skill. gituuu,, then, aku juga suka lihat ssuatu kjadian n pmndangan. lama2 pun x boring..swear ! 
jadinye..aku sorg yg suka b'seorangan..x suka diganggu sangat..(antra ciri2 org visual) ? 
btul lah jugak...


ok..ok..ape2 pun sbnarnya ketiga-tiga skill ni ade klbihan n kkurangan msing2 kpd si pemiliknya.
cuma,mungkin kita boleh belajar mengenali seseorang itu mlalui skill , teknik die study...dan setelah itu,,aku praktikkan nye utk knal kwan2 skitar nih. 
dan mmg btul..ko mmg visual..ko mmg audio..ko mmg kinaesthetic !! haa..


macam-macamlah kome nih ! 

Wednesday 2 March 2011

M.A.R.S > Riang..Gelak..Ketawa

** salam..ini cerpen yg telah direka oleh aq n kwn2 smsa contest iT week di kolej..tetiba rasa nak post kt cni..jmput baca~

“Mon…Mon…..bangun!!!! bangun!!!”(bukan Doraemon ye…) jerit Shakirah pada Monika yang sedang asyik diulit mimpi-mimpi indah bertemankan bantal busuknya yang hampir lusuh.


“Kejap…kejap….lima minit je lagi”, balas Monika.


 “Wei! bangunlah cepat…dah lambat dah ni…dah pukul 8 dah”, Shakirah pun menjerit dengan penuh brutal.


 Sebaik sahaja Monika mendengar perkataan “pukul 8”, dia pun sepantas LRT bangkit dari tidurnya dan terus mencapai telefon bimbitnya.


 “Salam. Anis, hari ini kita dan Shakirah lambat sikit…bangun lambat…hehe”(Message sending..).


Kemudian, “Salam. Bee, bila kamu nak balik asrama? Pergi kelas ke tidak hari ini?” (Message delivered..).

 Lalu Monika pun terus meluru ke bilik air.


Setelah beberapa minit, ….tweet…tweet…tweet…tweet…SMS!!! (Message received..).


 “ Ha! Anis dan Bee dah balas mesej”, kata Monika. “WasSalam. Ha??!! Kita baru nak suruh kamu dan shakirah bagitahu ustazah yang kita lambat sikit hari ini…tapi rupa-rupanya ki…ta…serupaaaa….hihi…ok, kita tunggu kamu dan shakirah dekat bawah..kita pergi sama-sama”, balas Anis. Bee pula membalas, “WasSalam. Datang…tapi kita lambat sikit”.


Setelah mereka semua bersiap, dengan tergopoh-gapah mereka pun berjalan merentasi padang yang dipenuhi dengan rumput-rumput yang masih segar berembun.


 Sebaik sahaja sampai di kelas, tiba-tiba….. telefon…telefon berbuuuuunyi...(wonderpet)*Message received.


 Lalu Shakirah pun membuka mesej yang baru diterima. “Salam. Mumkin akhbiri ila asdiqouki anna fasl hazal yaum yabtal….Sanubaddil al fasl fi waqtin akhar InsyaAllah”, mesej daripada Ustazah Bahasa Arab yang bermaksud “Salam. Tolong maklumkan kepada kawan-kawan kamu yang lain bahawa kelas hari ini batal…kita akan menggantikannya pada masa yang lain InsyaAllah”.


 “La….kawan-kawan, kita tak ada kelas la hari ini”, kata Shakirah kepada kawan-kawannya. “La…yeke…jom kita pekena roti canai dekat tepi tasik”, balas Anis.

 “ Kalau macam tu, kita mesej Bee suruh tunggu tepi tasik” Monika pula berkata.


 Demikian lah aktiviti mereka berempat jika kelas mereka dibatalkan secara tiba-tiba.


Ustazah Bahasa Arab mereka merupakan seorang ustazah yang kecil molek orangnya, lemah lembut tetapi seorang yang tegas dan mempunyai rupa paras yang comel seperti mereka *erkk…perasan sude. Ustazah ini mengajar subjek maharatul kalam dan qiraah yang sangat kreatif dalam pengajarannya sehingga membuatkan mereka berasa sungguh teruja untuk mempelajari bahasa arab dengan lebih mendalam. Pada awal perkenalan dengan ustazah tersebut, mereka berasa begitu berdebar-debar bak kata Melly Goeslow dalam lagunya, kembang kempis dadaku…(petikan lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih) kerana ustazah tersebut pada awalnya kelihatan garang tetapi setelah diselami ke dasar jiwa beliau, hakikatnya beliau seorang yang berjiwa lembut seperti sutera.


 Meskipun demikian, pensyarah mereka bukan sahaja ustazah tetapi juga seorang ustaz yang tinggi lampai, kacak bergaya, dan baik budi bicara sehingga boleh digelar “Lelaki Idaman Malaya”. Ustaz ini merupakan seorang ustaz yang sentiasa menepati masa atau dalam bahasa inggerisnya punctual dan sering menekankan penguasaan nahu mereka yakni tatabahasa ketika membuat karangan bahasa arab dalam subjek yang diajar oleh beliau iaitu maharatul kitabah.


Di tepi tasik yang tenang ..(tapi tenang-tenang pun, jangan disangka tiada biawak….)
  “AsSalamu’alaikum, budak-budak Arab…tengah makan roti canai ke??” tegur salah seorang kawan mereka.

 “Wa’alaikumusSalam, bukanlah…tengah makan roti Arab ini…nak sikit?? Kalau nak banyak, pergilah beli sendiri…tempah kat abang comel tu”, mereka berempat pun menjawab.

 Ketika sedang enak menikmati roti canai…cicah kari…jangan makan sambil berdiri…(petikan lagu dari filem Senario Lagi) sambil disapa angin tasik yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, kenangan lalu menerjah fikiran mereka.

 “Kawan-kawan, ingat tak detik-detik perkenalan kita dahulu??”, tanya Bee.

 “ Ingat, ingat, ingat…dulu bukan main susah nak cari kawan-kawan yang ambil asasi bahasa arab juga”, jawab Anis.

 “Betul, betul, betul (upin ipin..)…masa minggu ta’aruf dulu, setiap kali kawan-kawan yang lain memperkenalkan diri, mesti bukan daripada asasi bahasa arab…ada yang dari asasi pengajian islam dan pengurusan sahaja”, sambung Shakirah.


 “Ya, ya, ya, kita setuju dengan kamu. Masa itu, dalam hati terdetik juga yang aku sorang je ke budakarab…tapi…masa hari kedua orientasi tiba-tiba ada orang tu duduk sebelah kita…dan orang itu ialah jeng…jeng..jeng…Nurul Shakirah Al-Zahra’…haha”, keletah Monika.


“Hahaha…lawak-lawak..tergeletek perut kita..ha! ada satu lagi…kawan-kawan ingat tak masa kita semua ta’aruf dengan ustazah dalam kelas dulu...itu lah kali pertama kita jumpa dengan budak lelaki yang ambil bahasa arab dan seorang lagi kawan kita, Noor Shaheera binti Atan”, Shakirah menyambung perbualan.


“Ha! Ingat-ingat… masa tu Ikram cakap, Ismi Mohd Ikram bin Mohd Amin…ana min Melaka…uhibbu lughah arabiyyah jiddan…wa hazihil lughah daieman fi qalbi…*dengan suara ala-ala Faizal Ismail, deejay Hot FM…haha”, jawab Bee.

 “ Hahaha..Habib pula suka angkat kening double-jerk  dia…dah macam iklan Cadburry dah”, sambung Anis.

 Lalu mereka pun ketawa berdekah-dekah kerana geli hati mengenangkan segala kenangan manis yang tercipta antara mereka..*kenangan manis…kau dan aku…takkan terhapus….(petikan lagu Jamal Abdillah).

 “Eh, kejap-kejap….sekarang ini apa cerita dengan Shaheera ya??”, Shakirah bertanya.

 “Oh, Shaheera sekarang belajar di Pusat Asasi Universiti Malaya di Kelantan dalam bidang Usuluddin..ha!! sebelum kita terlupa, dia kirim salam dekat kamu semua”, terang Monika.

 “Wa’alaikumusSalam”, jawab mereka serentak.


 Ketika dalam perjalanan menuju ke asrama…

“ Hai budak Arab…baru habis kelas ke??”, tegur Hasnah atau nama lainnya Senah, salah seorang pelajar asasi IT.  

 “Hai…tak lah..kami semua nak balik asrama ni”, jawab Anis.

 “ Eh, kamu semua perasan tak tadi dia panggil kita semua budak Arab…budak Arab kott…”, kata Shakirah.

 “Haha..yela…kalau macam tu mari kita berangan…kita budak Jordan, Monika budak Mesir, Shakirah budak Yaman dan Anis budak-budak…haha…anis jangan kecil hati ya..kita main-main saja…Anis budak Syria la”, keletah Bee.

 “Hahaha…kesian Anis…tak ape lah anis…member-member..sabar je la…kawan-kawan yang disayangi sekalian, cuba bayangkan kalau satu hari nanti kita semua tubuhkan sebuah Pusat Tuisyen Bahasa Arab…mesti seronok kan”, sambung Monika.

 “Bagus juga begitu…tapi apakah nama pusat tuisyen kita itu nanti?”, tanya Shakirah.

 “Ahaa!! Kita ada cadangan…apa pendapat kamu semua kalau kita bagi nama M.A.R.S”, cadang Anis.

“MARS??? Planet Marikh?? Apa kaitan dengan kita semua?”, tanya Bee pula.

Lalu Anis pun menjawab, “M.A.R.S ialah singkatan bagi nama kita semua..M untuk Monika…A untuk Anis…R untuk Rabiatul..dan yang terakhir S untuk Shakirah”.

 “Wahh! Kami suka!!”, balas Monika, Shakirah dan Bee serentak.


Begitulah keletah pelajar-pelajar Asasi Bahasa Arab yang sentiasa bersemangat waja untuk menegakkan bahasa yang amat tinggi dalam Islam iaitu bahasa Al-Quran, bahasa syurga dan bahasa yang amat mulia untuk dikuasai. Persahabatan yang terjalin antara mereka amat rapat ibarat aur dengan tebing sehingga mereka menjadikan lirik lagu di bawah sebagai penguat ukhuwah yang terjalin.

 Kita ditakdir bersama…


Riang gelak ketawa…


Tangan menggenggam mesra…


Melangkah ceria…


Indahnya suasana..


Terbayang di wajah Anis…


Senyum Mon seindah suria…


Hidup lebih bermakna…


Bersama Shakirah dan Bee…


Fuhh…jeles terasa…


Ikram dan Habib pun nak juga…


Perghh…bahagianya mereka..


 (Lirik lagu iklan Teh Boh yang diadaptasi oleh M.A.R.S)


p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata..istimewa dari kami pelajar Asasi Bahasa Arab.


         (M.A.R.S – Monika, Anis, Rabiatul dan Shakirah)

** HEE..best x? boleh ar kan.....tapi ktorang x menang pun.huu

wee....ni ler ahli MARS nye!!

Tuesday 1 March 2011

ما أجمل الحياة !! سبحان الله...

سبحان الله..سبحان الله..سبحان الله...
Betapa indahnya alam ciptaan Allah s.w.t ini...Semuanya t'susun indah dan cukup sempurna.Allahu akbar!! hendaklah kita m'syukuri malah m'agungkan kekuasaan Allah s.w.t ini. kaifa?? sahlun jiddan...antaranya ialah dengan memuji-muji kebesarannya. subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar.. 
susah ke?? ye,,kadang2 hmbaNya ini begitu susah,,sombong utk memuji dan menyebut kata2 yg indah ini.
* Pagi ini,,aq bangun dr tido slpas t'dgar azn Subuh b'kumandang.Alhamdulillah,,aq x t'lajak subuh pg ni..hee..
kulihat suasana di luar..hujan..subhanallah! sedap klu dapat sambung tido ni..
tapi,,aq t'ingat bhwa aq x study satu ape pun mlam td. aq x study sendirian..Allah m'hantar burung-burung utk mnemaniku.chiiit..chiit..subhanallah.
jadi,,ape kata kita renung sejenak sebanyak mana kita pernah memuji keindahan alam semulajadi yg ciptaanNya ini. Besar ganjaran bg mereka yg menikmati sejenak keindahan alam ini sambil memuji-mujiNya..SUBHANALLAH !

Ketenangan akan datang apabila kita melihat luasnya langit Allah itu.